KUANTAN – Dua lelaki yang disyaki menyamun sebuah kedai pengurup wang di sini pada Isnin lepas, meninggalkan sebuah dompet yang mengandungi wang kertas palsu di premis tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata, dompet tersebut mengandungi 11 keping wang kertas RM100 palsu dengan nombor siri BX4937733. “Wang palsu itu ditemukan juruwang kedai tersebut selepas kejadian samun yang didakwa berlaku pada 11.30 malam, 20 Ogos lepas,”…










