Penutupan sementara ruang udara sempena sambutan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Penutupan sementara ruang udara sempena sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Ogos – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melakukan penutupan sementara terhadap ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 selama lima hari bermula 27 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara itu bagi tempoh bermula pukul 9 hingga 10.30 pagi berkuat kuasa mulai 27 hingga 31 Ogos.

“Penutupan sementara ruang udara itu dijangka melibatkan penjadualan semula waktu penerbangan.

“Sehubungan itu orang ramai diminta untuk mengambil perhatian dan dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan bagi merujuk jadual penerbangan terkini dalam tempoh tersebut untuk mengelakkan sebarang kesulitan,” jelas kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN