Penunggang motosikal maut selepas dirempuh treler - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah treler di Jalan Lutong-Miri di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, mangsa, Ismail Razali, 30, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Miri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dikatakan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar raya ini dari arah Lutong.

Bagaimanapun katanya, tindakan mangsa yang secara tiba-tiba memasuki laluan kanan di jalan berkenaan telah mengakibatkan dia dirempuh treler yang kebetulan bergerak di laluan tersebut.

“Pemandu treler yang berusia 55 tahun dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa.

“Impak kemalangan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dia dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson menambah, selepas beberapa jam menerima rawatan kecemasan di hospital, mangsa yang berasal dari Kampung Luak di sini kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Katanya, pihak polis sudah merakam keterangan daripada pemandu treler tersebut untuk membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini