REMBAU – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 233.6 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) menghala arah selatan dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Muhammad Hairi Che Pa, 35, disahkan maut di tempat kejadian selepas diseret sejauh kira-kira 2 km oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang melanggarnya. Ketua Polis Daerah Rembau,…










