Penunggang maut motosikal terbabas bawah lori - Utusan Malaysia

Penunggang maut motosikal terbabas bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Hulu Langat, Batu 9, Kajang dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian berlaku pukul 3 petang itu, Amiruddin Alias, 35, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di anggota badannya.

Manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Shaifuddin Zahriman dilaporkan parah menerima rawatan kecemasan di Hospital Kajang dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.05 petang sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Sebaik tiba dilokasi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatan sebuah lori dan dua buah motosikal terbabas ke bawah lori dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia.

“Manakala seorang lagi mangsa mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Kajang. Urusan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN