Pensyarah Mesir dituduh mencabul - Utusan Malaysia

Pensyarah Mesir dituduh mencabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang pensyarah warga Mesir yang bertugas di sebuah kolej Islam swasta di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan mencabul seorang pelajar wanitanya pada minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada penga­kuan direkodkan daripada tertuduh, Ahmed Abdellatif Ahmed Khalil, 56, ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mahkamah kemudian me­netapkan tarikh 27 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan seorang jurubahasa yang boleh berbahasa Arab berikutan tertuduh memberitahu dia tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa mencabul seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun itu di dalam bilik pensyarah terbabit di sebuah bangunan kolej di Nilam Puri pada pukul 12.15 tengah hari, 7 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN