KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta di negara ini membuat saringan ke atas semua pensyarah di kampus masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, saringan yang boleh dibuat sebelum dan selepas lantikan itu sangat penting bagi memastikan individu yang diambil bekerja mempunyai latar belakang bersih iaitu bebas daripada terjebak dalam kegiatan dadah dan sebarang sabitan…










