KUCHING – Jenayah dadah tiada sempadan dan tidak juga mengenal darjat. Terbaharu polis menahan seorang pensyarah sebuah universiti swasta cawangan Kuching selepas lelaki itu disyaki menjadi pembekal dadah kepada pelajar sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJN), Superintenden Sahar Abd. Latif berkata, pensyarah berusia 36 tahun yang berasal dari Sarawak itu ditangkap pada pukul 5.45 petang Isnin lalu ketika menuntut bekalan dadah di kaunter Pos Laju Jalan Song di sini.
Menurut beliau, tangkapan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat awam dan melakukan risikan berkaitan penglibatan pensyarah tersebut dalam kegiatan dadah.
“Semasa ditangkap suspek menerima bungkusan pos laju yang berisi satu ketulan mampat daun kering disyaki ganja. Pemeriksaan dalam keretanya pula menemui dua lagi ketulan mampat daun kering disyaki dadah sama,” kata beliau semasa dihubungi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











