KUCHING 22 Ogos – Seorang pensyarah lelaki di sebuah universiti swasta di sini dicekup di hadapan pintu kaunter kutipan Pos Laju Jalan Song setelah dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan termasuk mengedar dadah, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira pukul 5.45 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menyerbu serta menahan mangsa dalam keadaan mencurigakan dengan membawa satu bungkusan di pejabat khidmat pos itu. Ketua JSJN negeri, Superintenden Sahar Abd. Latif berkata, suspek yang juga pegawai teknologi maklumat (IT) berusia 36 tahun dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya