Penolong Pegawai Perubatan didakwa palsukan sijil cuti sakit - Utusan Malaysia

Penolong Pegawai Perubatan didakwa palsukan sijil cuti sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Gua Musang di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan sijil cuti sakit yang disyaki palsu tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Faizul Amin Che Mat, 35, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi.

Mohd. Faizul didakwa telah memalsukan dokumen iaitu sijil cuti sakit bernombor CKT F No. 0937857 dan CKT F No. 0938008 dengan niat ianya digunakan untuk tujuan menipu pada pada bulan Oktober hingga Disember 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mohd. Rosly membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Difahamkan, tertuduh tidak membayar wang jaminan tersebut sebelum mahkamah menetapkan 26 September depan untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN