Penolong jurutera Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak tidak mengaku bersalah salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Penolong jurutera Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak tidak mengaku bersalah salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 16 Ogos – Seorang penolong jurutera Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini, atas kesalahan salah guna kuasa dua tahun lalu.

Tertuduh, Jamal Abdullah, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas enam pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyalah gunakan kuasanya berkaitan memohon syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya bagi melakukan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan sistem perairan luar bandar di sekitar Bau, Lundu dan Sematan sepanjang 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua pembayaran bagi enam kerja itu dibuat ke akaun syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya pada tahun tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 oleh dua orang penjamin.

Nixon menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 September depan, manakala perbicaraan dijalankan pada 29 Oktober hingga 2 November nanti.

Tertuduh turut diarahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Mohd. Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Francis Wee. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN