KLANG – Enam penjenayah terpaksa berputih mata apabila usaha mereka mencuri bahan kitar semula menggunakan dua buah treler gagal selepas ditahan pihak polis di Jalan Alamanda, Bahau, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Dalam kejadian pukul 5 petang itu, kesemua suspek yang ditahan berusia 27 hingga 40 tahun. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejayaan tersebut hadir apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang…










