KUALA LUMPUR 19 Ogos – Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira tujuh meter dalam kemalangan di Jalan Seri Murni menghala ke Pasar Borong Selayang, dekat sini pagi tadi.
![]() |
|
Zulkefly Yahya
|
Dalam kejadian pukul 9.31 pagi itu, mangsa, Ee Kian Aik, 36, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di anggota badannya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dikatakan dalam perjalanan menghala ke pasar borong tersebut kenderaan tersebut hilang kawalan.
“Berikutan itu, motosikal mangsa kemudiannya terbabas melanggar pembahagi jalan sementara mangsa telah terjatuh dari jejambat setinggi 6.7 meter,” katanya di sini hari ini.
Zulkefly memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE












