SEREMBAN – Seorang pengurus sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghalang penjawat awam bertugas, Jun lalu. Tertuduh, Mohd. Hazmi Abdul Halim, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Junaidah Mohd. Isa. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengganggu, menakutkan dan mengancam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dengan menggunakan ‘stering lock’ sebagai senjata ketika pemeriksaan…










