KUALA LUMPUR 16 Ogos – SIKAP pengotor warga asing yang menjadikan bahagian belakang kediaman mereka sebagai tempat membuang sampah menyebabkan kawasan itu tidak ubah seperti tempat pelupusan sampah. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota iaitu di Jalan Kundur dan Jalan Batu 3 1/2 baru-baru ini mendapati lorong-lorong belakang premis perniagaan dipenuhi sampah sarap sehingga menyusahkan orang ramai menggunakan laluan berkenaan. Lebih memburukkan keadaan apabila timbunan sampah seperti sisa makanan,…










