Pengasuh bayi ditahan reman tujuh hari - Utusan Malaysia

Pengasuh bayi ditahan reman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAH 25 Ogos – Seorang pengasuh ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bayi lelaki berusia empat bulan, Muhammad Ummar Zayyan Mohammad Haikal Hafis yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaannya Isnin lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 23 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nur Haryatie Mohd. Saini hari ini.

Reman yang bermula hari ini sehingga 31 Ogos ini bertujuan membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Wanita itu ditahan di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah Seremban di sini pada pukul 8.45 malam semalam susulan laporan yang dibuat ibu mang­sa, Zura Emilia Mokhtar, 26, pada hari kejadian.

Akhbar hari ini melaporkan, Muhammad Ummar Zayyan dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini Isnin lalu selepas dipercayai me­ng­alami pendarahan otak dan mata.

Ibu mangsa yang juga jururawat di HTJ berkata, dia dihubungi pengasuh pada pukul 7.07 malam dan memaklumkan anaknya dalam keadaan lemah setelah menangis de­ngan kuat di rumah pengasuh itu di Taman Sri Mambau di sini.

Bapa bayi itu kemudian pergi ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya yang didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bayi tersebut yang kini masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan dikatakan turut mengalami lebam di bahagian perut dan paha.

Difahamkan, ibu bapa bayi berkenaan menggunakan khid­mat pengasuh yang dikenali melalui laman Facebook dan menghantar anaknya untuk dijaga sejak seminggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN