Penganggur mengaku bersalah cabul remaja - Utusan Malaysia

Penganggur mengaku bersalah cabul remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Ogos – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di Jalan Felcra Changkat Lada-Ulu Dedap, Seberang Perak, bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh, Ridzuan Mohamad, 33, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Ridzuan didakwa melakukan kesalahan itu dengan meraba punggung mangsa berusia 16 tahun di Jalan FELCRA Changkat Lada-Ulu Dedap, Seberang Perak pada pukul 3 petang, 20 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sabit kesalahan dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan juga sebat dan hendaklah dikenakan perintah pengawasan polis minimum setahun dan maksimum tiga tahun sepertimana mengikut Seksyen 27 (1) akta sama.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan Indera Nehru menetapkan 28 Ogos ini untuk tarikh jatuh hukum.

Dalam pada itu, tertuduh turut menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Parit hari ini untuk pendakwaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN