Penganggur dipenjara setahun kebas rantai leher isteri - Utusan Malaysia

Penganggur dipenjara setahun kebas rantai leher isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seorang penganggur lelaki dihukum penjara setahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Seksyen Kangar di sini hari ini atas pertuduhan mencuri rantai leher milik isterinya pada 25 Julai lalu.

Hakim Johari Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Fairus Sauti, 32, mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, Mohd. Fairus didakwa pada 25 Julai lalu, pukul 7 pagi di sebuah rumah di Jalan Stadium Utama, Kangar telah merompak seutas rantai leher yang berwarna kuning kecemasan milik isterinya berusia 30 tahun.

Selain itu, tertuduh turut didakwa membawa lari sebuah kereta Perodua Axia berwarna biru.

Mohd. Firdaus didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Sesi pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amril Johari sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN