Penerbangan sulung AirAsia dari Bangkok tiba di Kota Kinabalu - Utusan Malaysia

Penerbangan sulung AirAsia dari Bangkok tiba di Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Penerbangan sulung AirAsia Thailand menggunakan pesawat Airbus 320 dari Bangkok, Thailand ke Kota Kinabalu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada pukul 1.35 petang tadi.

Syarikat penerbangan tambang murah itu mengambil masa tiga jam dan dijadualkan terbang tiga kali seminggu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu antara KKIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok. 

Harga tambang yang ditawarkan AirAsia adalah bermula pada RM99 sehala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan penerbangan terus dari Thailand ke Kota Kinabalu bagi mempertingkatkan industri pelancongan di negeri ini.

“Thailand adalah pasaran penting bagi Malaysia kerana ia merupakan platform terbaik untuk mempromosikan destinasi pelancongan dan produk menarik yang terdapat di Sabah.

“Diharapkan, para pemain industri di kedua-dua negara akan terus bekerjasama dengan AirAsia Thailand bagi mempromosikan Malaysia dan mengekalkan laluan ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Penerbangan Sulung AirAsia dari Bangkok ke Kota Kinabalu di KKIA di sini.

Terdahulu, penerbangan sulung yang turut disertai Mohamaddin itu disambut oleh Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN