BALAKONG – Calon serba boleh dan yang dapat berkhidmat kepada rakyat menjadi pilihan utama pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September depan. Tinjauan Bernama mendapati rata-rata masyarakat di situ lebih senang sekiranya wakil rakyat mampu menyelesaikan masalah mereka secara efisyen dan cekap tanpa mengira parti politik. Hal ini tercetus dalam hati mereka kerana walaupun Balakong terletak di pinggir ibu negara namun permasalahan tempatan seperti banjir kilat, peningkatan kes demam denggi…










