BALAKONG 27 Ogos – Calon serba boleh dan dapat berkhidmat kepada rakyat menjadi pilihan utama pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 Sept depan. Tinjauan Bernama mendapati rata-rata masyarakat di situ lebih senang sekiranya wakil rakyat mampu menyelesaikan masalah mereka secara efisyen dan cekap, tidak mengira parti politik. Hal ini tercetus di hati mereka kerana walaupun Balakong terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur,…










