Pendirian kerajaan Pusat tidak harus eksklusif, terpilih - Utusan Malaysia

Pendirian kerajaan Pusat tidak harus eksklusif, terpilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Ogos – Pendirian kerajaan Pusat untuk menghalang dan menyekat pemilikan hartanah oleh warga asing tidak seharusnya bersifat eksklusif kepada Johor semata-mata.

Memuatkan artikel berkaitan…
Mohamed Khaled Nordin
MOHAMED KHALED NORDIN

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendirian itu sebaliknya harus mencerminkan dasar sebenar kerajaan Pusat terhadap hartanah milikan asing di Malaysia secara keseluruhannya.

Katanya, dasar sedemikian tidak boleh dilakukan secara terpilih.

“Perlu diakui keputusan mengekang milikan hartanah oleh warga asing bukanlah dasar yang asing kepada sesebuah kerajaan, seperti di New Zealand.

“Jika keputusan menyekat pemilikan warga asing ke atas hartanah di Forest City diteruskan, ia akan merencatkan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja Johor, tetapi juga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu pemilikan hartanah oleh warga asing di Forest City. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini