Pencapaian di Jepun pembakar semangat - Utusan Malaysia

Pencapaian di Jepun pembakar semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 15 Ogos – Persembahan positif skuad ragbi tujuh sepasukan (7s) negara dalam Kejohanan Undangan Asia di Sapporo, Jepun baru-baru ini bakal menjadi tonik terbaik untuk menyemarakkan keyakinan skuad bimbi­ngan Saizul Hafifi Md. Noor bagi menghadapi Sukan Asia 2018.

Skuad ragbi negara berjaya ke perlawanan akhir dalam kejohanan di Sapporo pada 5 Ogos lalu dan pencapaian itu seharusnya memperkuatkan tahap keyakinan semua pemain sebelum mereka bersaing dalam Sukan Asia pada 30 Ogos hingga 1 September.

“Permainan pasukan sudah semakin baik dan saya gembira de­ngan pencapaian mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun masih ada beberapa kelemahan yang harus kami atasi sebelum pertandingan bermula,” kata Saizul Hafifi.

Skuad ragbi 7s negara meletakkan sasaran sekurang-kurangnya memenangi pingat gangsa untuk memperba­iki pencapaian menduduki tempat kesembilan di Incheon pada 2014.

Sebanyak 11 pasukan menyertai acara ragbi 7s yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Taiwan dan Indonesia manakala Kumpulan A terdiri daripada Hong Kong, China, Thailand serta Pakistan.

Kumpulan C pula terdiri daripada Korea Selatan, Sri Lanka dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN