Peminjam PTPTN tidak wajar dilayan seperti penjenayah - Maszlee - Utusan Malaysia

Peminjam PTPTN tidak wajar dilayan seperti penjenayah – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Ogos – Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau seperti mereka yang mencuri dana negara.

Peminjam PTPTN tidak wajar dilayan seperti penjenayah - Maszlee
Dr. Maszlee Malik

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu pihaknya mengambil inisitaif mengeluarkan 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen dalam tempoh 30 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 8 Jun lalu.

“Menerusi pelaksanaan tersebut, para peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik tidak lagi mempunyai sebarang sekatan Jabatan Imigresen

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami percaya mereka yang meminjam sedikit wang untuk membiayai pengajian tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau seperti mereka yang mencuri dana negara,” katanya dalam satu kenyataan bersempena 100 hari pentadbiran Kerajaan PH di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN