Pemeriksaan kesihatan bergerak Kuala Terengganu dapat sambutan menggalakkan - Utusan Malaysia

Pemeriksaan kesihatan bergerak Kuala Terengganu dapat sambutan menggalakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 24 Ogos – Pemeriksaan kesihatan bergerak, suatu program yang dijadikan tradisi bulanan kelolaan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu mendapat sambutan menggalakkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kira-kira 60 penduduk terutama sekitar kawasan Kampung Ladang hadhir bagi menjalani pemeriksaan percuma dan mendapatkan khidmat nasihat daripada tiga pegawai perubatan dalam program di surau kampung berkenaan hari ini.

Program kali kedua yang dijayakan dengan kerjasama bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Ladang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ladang.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim berkata, langkah yang diambil oleh pihaknya merupakan satu lagi pendekatan dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

“Masih terdapat kalangan anggota masyarakat kita yang sukar untuk ke pusat kesihatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dengan alasan-alasan tertentu.

“Jadi kami mengambil inisiatif bagi mempermudahkan mereka dengan membawa pegawai perubatan ke penempatan mereka,” ujarnya.

Menurut beliau, program yang dirintis di Kampung Tokku akan dipertingkatkan lagi agar lebih ramai penduduk mendapat manfaat dan memberi impak lebih meluas.

 

Katanya, program ini dijayakan oleh para pegawai perubatan yang menjadi sukarelawan di bawah di bawah KT Medical Team.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN