Pembatalan ECRL: Kebajikan pekerja, kesan alam sekitar ditumpu - Utusan Malaysia

Pembatalan ECRL: Kebajikan pekerja, kesan alam sekitar ditumpu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Kerajaan digesa memberi perhatian khusus terhadap kebajikan pekerja tempatan yang terkesan daripada pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Memuatkan artikel berkaitan…
YOUNG SYEFURA OTHMAN
YOUNG SYEFURA OTHMAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berkata, impak terhadap kebajikan lebih 1,000 pekerja tempatan yang hilang sumber pendapatan perlu dipertimbangkan termasuk memberi pampasan kewangan selain membantu mereka mendapatkan pekerjaan baharu.

Beliau berkata, walaupun tindakan membatalkan projek ECRL disokong kerana kosnya terlampau tinggi dan beban kewangan semasa kerajaan, namun tidak dapat dinafikan projek itu turut menyumbang pertumbuhan ekonomi di kawasan Bentong.

“Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pembatalan projek ECRL tidaklah mengejutkan kerana Pakatan Harapan sememangnya telah berjanji dalam manifestonya akan menyemak semula projek-projek mega yang melibatkan berbilion ringgit dana kerajaan dan juga pinjaman antarabangsa.

“Namun, kerajaan juga harus sedar bahawa keputusan ini secara langsung memberi kesan kepada hampir 2,000 pekerja yang hilang sumber pendapatan, malah amat dikesali lebih 1,000 pekerja itu adalah warga Malaysia dan anak tempatan Bentong sendiri,” katanya dalam satu kenyataan kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN