Pemandu wanita maut kereta bertembung bas ekspres - Utusan Malaysia

Pemandu wanita maut kereta bertembung bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang wanita maut manakala adik lelakinya cedera apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi, Proton Persona yang dipandu mangsa, Nur Syazwani Mohd. Hanapi, 26, dari arah Kuala Krai ke Gua Musang gagal memotong sebuah treler lalu merempuh bas tersebut dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penumpang kereta yang juga adik lelaki mangsa, Muhammad Syazwan, 25, cedera ringan.

“Manakala, 44 penumpang temasuk dua pemandu bas yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai selamat.

“Sejurus kejadian bas ekpres terbabit cuba mengelak lalu terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini