KUANTAN – Seorang maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 39.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu menyebabkan Ong Boon Seng, 54, yang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire itu maut di tempat kejadian. Mereka yang cedera ialah ahli keluarganya, Ng Chon Keow, 56, Tan Yoke Hwa, 65, Wong Eason, 15,…










