KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pemandu bas RapidKL yang terlibat dengan insiden kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Ampang, dekat sini semalam mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebelum ini. Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd. Yusof berkata, pemandu tersebut sudah berkhidmat selama dua tahun dengan syarikat itu. “Kita terima laporan dari pusat kawalan pada pukul 8 malam berkenaan insiden melibatkan bas di laluan 221, Keramat ke Ampang Point.…










