KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pemandu bas RapidKL yang terlibat dalam kejadian merempuh tujuh kenderaan di Ampang pada Khamis lalu berdepan dengan tindakan dibuang kerja kerana disahkan positif dadah.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya memandangkan serius kesalahan pengambilan dadah dalam kalangan kakitangan terutama membabitkan pemandu pengangkutan awam milik syarikat berkenaan demi keselamatan orang ramai.
Beliau berkata, Prasarana sentiasa melakukan saringan rambang terhadap pemandu bas dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
“Setakat bulan Ogos tahun ini sebanyak 640 ujian saringan air kencing telah dijalankan dengan satu kes pemandu positif bahan terlarang.
“Ujian saringan ini lebih kerap berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 588 ujian yang mana lima pemandu didapati positif dadah,” katanya di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, Prasarana telah melakukan siasatan dalaman berhubung insiden melibatkan bas Rapid KL laluan 221 itu.
“Siasatan ini akan meliputi semua aspek termasuk status bas dan pemandu berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE











