Pemandu bas direman 4 hari - Utusan Malaysia

Pemandu bas direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pemandu bas Rapid KL yang melanggar tujuh buah kenderaan di Jalan Ampang, dekat sini kelmarin, direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, pemandu tersebut, Md. Khairol Anuar Mohamad, 32 ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pemandu tersebut direman selama empat hari sehingga Selasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelmarin, sebuah video tular dalam media sosial menunjukkan seorang penunggang motosikal sedang mengejar sebuah bas henti-henti.

Menerusi rakaman itu, bas tersebut dilihat berada dalam keadaan laju dan dipandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Seorang pemilik akaun Facebook, Azri Arip yang memuat naik video tersebut mendakwa kenderaan itu merempuh sebuah kereta dan mengakibatkan kereta terbabit melanggar gerai burger miliknya.

Lelaki itu juga dikatakan telah mengejar bas tersebut dari Keramat AU2, di sini sehingga ke simpang Jalan Ampang menghala Lebuh Raya MRR2 dengan berkaki ayam dan tidak memakai baju. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN