Pelantikan Kok Wai sebagai duta tidak langgar manifesto PH - Utusan Malaysia

Pelantikan Kok Wai sebagai duta tidak langgar manifesto PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Pelantikan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sebagai Duta Khas Malaysia ke China dianggap tidak sama sekali melanggar janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

TAN KOK WAI
TAN KOK WAI

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, manifesto tersebut hanya menyatakan tiada lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

“Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) bukan GLC malah berperanan mengukuhkan lagi hubungan kerjasam antara kedua-dua negara itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam akhbar berbahasa Mandarin, China Press melaporkan pelantikan Kok Wai sebagai Duta Khas Malaysia ke China berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Menurut laporan tersebut, Kok Wai menggantikan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting yang memegang jawatan tersebut ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Anthony berasa yakin bahawa Kok Wai mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai Duta Khas.

“Kami berasa beliau layak dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga yakin terhadap Kok Wai yang mampu mengukuhkan lagi hubungan dengan kerajaan China,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN