Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru dikaji - Utusan Malaysia

Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kementerian Wilayah akan mengkaji semula Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru bagi meneruskan usaha pembangunan semula kampung yang wujud sejak 118 tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, kerajaan akan memastikan kajian tersebut diselesaikan segera demi kepentingan semua penduduk di kampung tersebut.

“Kita tidak mahu kajian itu mengambil masa yang terlalu lama sehingga mencapai tempoh lima tahun. Setiap pembangunan perlu ditentukan oleh penduduk Kampung Baru.

“Selain itu, kerajaan akan pastikan setiap pembangunan yang dilakukan tidak menjejaskan atau memberi kesan negatif kepada penduduk,” katanya selepas merasmikan Seminar Kampung Baru: Ke arah kampung warisan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru dihasilkan daripada sesi perbincangan 20 pemegang kepentingan serta wakil penduduk kampung tersebut pada 2012. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×