JELAJAH. Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Muhamad Hafiz Jailani merupakan salah seorang daripada dua wakil Malaysia yang terpilih untuk mengikuti program 2nd ASEAN China Youth Summer Camp di Beijing dan Chengdu China baru-baru ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Program selama tujuh hari itu turut mendapat penyertaan 30 pelajar lain dari universiti-universiti negara Asia Tenggara termasuk China, Jepun dan Korea.
Menurut Muhamad Hafiz Jailani, program tersebut merupakan pengalaman indah buatnya kerana didedahkan dengan budaya, bahasa dan geografi masyarakat setempat di sana.
“Program ini telah mengajar saya tentang keunikan budaya masyarakat di China,” katanya.











