Pejabat Cub Prix Malaysia dipecah masuk - Utusan Malaysia

Pejabat Cub Prix Malaysia dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Seorang kakitangan Cub Prix Malaysia terkejut apabila pejabat mereka di kawasan Perusahaan Bandar Baru Bangi, Selangor dipecah masuk pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu menyebabkan syarikat tersebut kerugian kira-kira RM370,000.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, kejadian tersebut disedari oleh kakitangan berusia 37 tahun itu ketika dia baru tiba di pejabat.

“Keadaan pejabat ketika itu berselerak terutama di tingkat dua dan tiga.

“Selain itu barang kemas, jam tangan, komputer riba dan wang tunai di dalam peti besi hilang,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN