MUAR 27 Ogos – Seorang peguam dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan penjualan sebidang tanah yang dikendalikannya pada 2016. Suspek, Chua Boon Tai, 45, dipercayai diupah enam mangsa untuk menguruskan penjualan tanah berharga kira-kira RM3 juta di pelbagai lokasi di daerah ini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Md. Rasip berkata, seorang daripada enam mangsa tersebut telah mendapat semula wangnya manakala baki yang lain masih tidak dibayar.…










