PDRM umum pertukaran 38 pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran 38 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran seramai 38 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 24 September depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis  Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, berkuat kuasa tarikh itu, Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk K. Manoharan akan memangku pangkat DCP.

Pertukaran lain membabitkan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Kuantan, Datuk Roslan Bek Ahmad yang akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), Jabatan KDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Tempat Roslan akan diganti Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Perancangan Strategik) Pahang, Asisten Komisioner Khaled Che Lah dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri pula akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan dan Undang-Undang, JSJ Bukit Aman. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini