KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama Kontijen Selangor mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini dengan kekangan kewangan kerana belum menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan seperti kelaziman. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, seboleh-bolehnya, pihaknya tidak mahu senario itu berlarutan untuk dua lagi PRK di Selangor iaitu Balakong dan Seri Setia yang bakal berlangsung bulan depan. Beliau berkata, permohonan berhubung peruntukan tambahan tersebut…










