PDRM ambil tindakan terhadap pegawai, anggota termasuk Ketua Polis Negeri - Utusan Malaysia

PDRM ambil tindakan terhadap pegawai, anggota termasuk Ketua Polis Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM ) mengambil tindakan terhadap pegawai dan anggotanya yang didapati terlibat dalam salah laku termasuk Ketua Polis Negeri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pegawai dan anggota yang telah dikenakan tindakan dan dipindahkan.

“Salah laku berkenaan bukan sahaja melibatkan judi  tetapi juga pemerasan yang melibatkan barisan hadapan (front liner) seperti bahagian jenayah dan trafik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah pindahkan mereka yang terlibat dan sudah diberikan peringatan tentang salah lakunya,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mohamad Fuzi menambah, tindakan tatatertib bukan sahaja melibatkan Ketua Polis Daerah malah Ketua Polis Negeri serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri jika didapati gagal membendung kegiatan jenayah.

“Bagi tahun ini, seramai 926 anggota PDRM telah dikenakan tindakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bermula Januari hingga Mei lalu.

“Amat mendukacitakan apabila statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tahun lalu  juga merekodkan seramai 149 pegawai yang ditahan atas pelbagai kesalahan rasuah,” ujarnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN