GELAK tawa kanak-kanak memenuhi ruang Taska Ar-Raziq di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor. Dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun itu, ada yang ke sana dan ke sini dalam ‘dunia’ mereka sendiri. Ada juga yang mengusik kawan-kawan berhampiran. Namun, yang ketara sekali, mereka masing-masing memegang Jalur Gemilang. “Anak-anak Ar-Raziq!” Tiba-tiba suara lantang seorang guru wanita menghentikan keriuhan mereka. “Kita nyanyi sama-sama ya,” kata guru itu sebaik sahaja mendapat perhatian…










