Patriot desak siasat dakwaan LTAT beli kamera AES RM555 juta - Utusan Malaysia

Patriot desak siasat dakwaan LTAT beli kamera AES RM555 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mendesak siasatan menyeluruh dilakukan terhadap dakwaan bahawa sebanyak 40 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibeli dengan harga RM555 juta yang dibayar oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHAMED ARSHAD RAJI
MOHAMED ARSHAD RAJI

Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Arshad Raji (B) berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahagian jenayah komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus segera bertindak tanpa perlu menunggu laporan dibuat.

“Patriot menuntut untuk mengetahui siapakah pemilik korporat dua konsesi AES, iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd. Mengapakah Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah LTAT membenarkan RM555 juta diambil daripada dana tersebut?

“Tujuan utama LTAT ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan dan menguruskan manfaat persaraan untuk anggota perkhidmatan. Apabila dana LTAT digunakan sedemikian rupa, ia merupakan pecah amanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN