KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan pasukan khas khusus bagi memantau isu berbangkit berkaitan pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan yang masuk ke negara ini. Menurut kenyataan kementerian tersebut, pasukan itu juga akan digerakkan dalam memberi fokus kepada pasaran cili merah tempatan agar berdaya saing selain memastikan kecekapan kos pengeluarannya. “Ia akan dianggotai oleh beberapa kementerian berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri…










