SHAH ALAM – Polis Selangor dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah menggerakkan satu pasukan khas bagi mengesan satu unit projektor radiografi ‘Sentinel Delta 880’ yang dilaporkan hilang pada 10 Ogos lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pasukan yang bertugas 24 jam itu digerakkan sejurus pihaknya mendapat laporan berhubung kehilangan unit projektor tersebut. “Setakat ini polis belum mendapat sebarang petunjuk baharu mengenai kehilangan unit tersebut. “Kita juga belum…










