PASIR MAS – Majlis perkahwinan Nurfarahasmat Ismail, 25, dan Mohd. Rizuwan Mohamad, 30, di Kampung Tong di sini semalam mencipta kelainan apabila pasangan raja sehari itu diraikan dengan tarian singa. Malah majlis tersebut yang dihadiri lebih 500 tetamu turut diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan. Menurut Nurfarahasmat, walaupun dilahirkan dalam keluarga Melayu namun tradisi kaum Cina seperti tarian naga ini amat dekat dengan masyarakat Pasir Mas. “Di Kelantan…








