Parti baharu tak mampu cetuskan perpecahan - Hasni - Utusan Malaysia

Parti baharu tak mampu cetuskan perpecahan – Hasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Ogos – Orang ramai dan ahli UMNO tidak perlu bimbang dengan penubuhan parti baharu kerana diyakin tidak mampu mencetuskan perpecahan dalam parti politik.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad percaya parti baharu tidak dapat bersaing dengan UMNO terutamanya melibatkan jumlah ahli dan cawangan.

Katanya, sebagai contoh, UMNO memerlukan 50 ahli untuk menubuhkan sebuah cawangan, namun bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jika mempunyai ahli seramai 20 orang sudah boleh menubuhkan cawangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, kebanyakan parti politik hanya lebih menumpukan terhadap usaha memperjuangkan isu dan tidak banyak memperkatakan soal perkhidmatan,” katanya selepas Forum 100 hari: PH Berjaya, UMNO Tertipu, di sini sebentar tadi.

Selain Hasni, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang juga Ahli Parlimen Tenggara turut menjadi panel forum yang dianjurkan Badan Perhubungan UMNO negeri di sini.

Terdahulu, dalam forum tersebut, Hasni yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak lagi menabur janji yang tidak boleh dipenuhi terutama dalam sebuah negara yang mempunyai segala-galanya.

ADS:D

“Pakatan Harapan sudah membuat manifesto yang menghina rakyat kerana tidak elok apabila sudah berjanji tetapi tidak boleh dipenuhi,” katanya sambil berharap rakyat mulai sedar terhadap perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN