Parlimen Ayer Hitam kekal milik BN - Utusan Malaysia

Parlimen Ayer Hitam kekal milik BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam selepas menolak petisyen yang difailkan DAP bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parlimen tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Pada 12 Jun lalu, Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong memfailkan petisyen pilihan raya itu untuk membantah keputusan PRU-14 bagi Parlimen Ayer Hitam selepas mendakwa terdapat beberapa peraturan dan undang-undang yang dilanggar sepanjang proses berkempen di kawasan parlimen berkenaan.

Dalam petisyen itu, Chin Tong menamakan Ka Siong sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ayer Hitam, Mohd. Hafiz Aliman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing sebagai responden kedua serta ketiga.

Pada PRU-14 yang diadakan pada 9 Mei lalu menyaksikan Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA memenangi kerusi parlimen itu dengan 17,076 undi, manakala Chin Tong mendapat 16,773 undi. Calon PAS, Mardi Marwan pula hanya mendapat 4,975 undi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN