KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof memberi amaran kepada semua Ahli Parlimen supaya menjaga tingkah laku dan tidak menggunakan kata-kata kesat serta berbaur lucah di dalam Dewan Rakyat. Mohamad Ariff berkata, tindakan keras boleh diambil di bawah Peraturan Mesyuarat 44 (2), termasuk mengarahkan mereka keluar dari dewan untuk satu tempoh tertentu. “Jika perkataan-perkataan ini disebut maka saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan teragak-agak…










