Pampasan hapus tol bukan RM400 bilion - Tony Pua - Utusan Malaysia

Pampasan hapus tol bukan RM400 bilion – Tony Pua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengira semula pampasan yang harus ditanggung sekiranya ingin melaksanakan janjinya untuk menghapuskan semua tol di seluruh negara.

TONY PUA
TONY PUA

Pegawai khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua berkata, ini kerana pampasan pemansuhan tol tidak akan mencecah sehingga RM400 bilion seperti mana yang didakwa beberapa menteri Kabinet kerajaan PH sebelum ini.

Menurut beliau, angka RM400 bilion itu adalah jumlah yang dinyatakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira pampasan kepada syarikat konsesi tol termasuk keuntungan pada masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kita ambil alih tol konsesi yang mana buat masa ini kita tiada rancangan untuk buat begitu, kita akan bayar pampasan tertakluk pada kadar yang termaktub dalam kontrak.

“Ia merangkumi kos bina lebuh raya, tidak termasuk keuntungan masa depan, sebab itu jumlah ambil alih tol tidak akan mencecah RM400 bilion. Kena kira semula,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Isnin lalu, kerajaan PH mengesahkan bahawa janji untuk menghapuskan tol di seluruh negara seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN