BABAK demi babak menjadi adegan ikonik yang melekat di ingatan. Dialognya pula sehingga ke hari ini menjadi sebutan. Itu keistimewaan filem klasik, Ali Baba Bujang Lapok karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 1961. Antara adegan ikonik tersebut ialah ketika hamba perempuan Ali Baba bernama Marjina lakonan seniwati Datuk Sarimah Ahmad menjirus minyak panas ke dalam deretan tempayan, iaitu lokasi persembunyian 40 penyamun yang merancang merompak rumah tuannya. Sebaik sahaja…










