KUANTAN 25 Ogos – Hasrat skuad Tok Gajah untuk menempah slot awal ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia tidak kesampaian selepas sekadar seri 0-0 dalam aksi pusingan keempat bertemu PKNP FC di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sepanjang perlawanan, Pahang dan PKNP masing-masing mempunyai peluang mencipta jaringan namun gagal disempurnakan barisan serangan kedua-dua pasukan.
Selepas empat perlawanan, Pahang kini berada di kedudukan teratas peringkat Kumpulan D dengan mengumpul lapan mata diikuti Sabah (tujuh mata), PKNP (empat mata) manakala Selangor tiada sebarang mata.
Bagaimanapun, Sabah dan Selangor hanya akan beraksi untuk perlawanan pusingan keempat pada Selasa ini. – UTUSAN ONLINE











